EKSPO INOVASI 2026

Akan Bermula Dalam

00 Hari
:
00 Jam
:
00 Minit
:
00 Saat
09 ~ 11 Ogos 2026 | 8.30 AM ~ 5.00 PM
Ekspo Rekacipta & Inovasi 2026
Rakan Strategik :
UC TATI Yayasan Inovasi Malaysia PSKT HRD Corp
Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu

Inovasi untuk
Masa Depan

Mengapa Anda Perlu Menyertai Ekspo Inovasi?

Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026 adalah platform untuk pelajar memupuk minat dan meningkatkan penglibatan dalam bidang STEM melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, berasaskan penyelesaian masalah dan aplikasi dunia sebenar. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada murid mengasah Kemahiran Insaniah.

Meningkatkan Minat Terhadap STEM

Memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan bagi menarik lebih ramai murid mendalami Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Membudayakan Inovasi

Mendorong murid menghasilkan idea dan projek baharu yang kreatif serta memberikan penyelesaian kepada cabaran dalam kehidupan seharian.

Mengembangkan Bakat dan Kreativiti

Menyediakan platform kepada murid untuk mempamerkan bakat dalam robotik, dron, inovasi dan rekacipta melalui pertandingan yang mencabar serta berorientasikan penyelesaian masalah.

Cabaran & Aktiviti

Terdapat banyak cabaran dan aktiviti berbeza yang diadakan.

Bengkel Inovasi

Bengkel praktikal untuk memupuk minat dan kemahiran rekabentuk serta inovasi.

Kolokium

Platform ilmiah yang menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan inovator untuk membentangkan hasil penyelidikan serta inovasi dalam pelbagai bidang. Ia bertujuan memperkukuh perkongsian ilmu, menggalakkan kolaborasi strategik, serta memupuk budaya penyelidikan dan inovasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan.


Klik untuk mendaftar.

Pocket Talk

Acara ceramah ringkas yang menjemput pakar dan profesional untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman terkini dalam bidang inovasi dan teknologi. Sesi ini menyediakan platform bagi peserta untuk mendengar pandangan berharga dan mengaplikasikan idea-idea baru dalam projek-projek mereka.

Cabaran Robotik

Membina dan mengendalikan robot bagi menyelesaikan cabaran menarik objek dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan konsep mekanikal dan pengaturcaraan.


Klik untuk terma dan syarat

Drone Challenge

Mengendalikan dron melalui laluan berhalangan serta melaksanakan tugasan berdasarkan ketepatan, kelajuan dan kemahiran kawalan.


Klik untuk terma dan syarat

Inovasi STEM

Menghasilkan projek inovasi asli menggunakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Projek perlu memberi manfaat kepada masyarakat dan menyelesaikan masalah sebenar.


Klik untuk terma dan syarat

STEM Ideation Using iPad

Menggunakan iPad sebagai alat menghasilkan dan membentangkan idea inovatif bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar, terutamanya isu berkaitan Negeri Terengganu dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).


Klik untuk terma dan syarat

Soccer Game & Pick N Place

Robot Bola Sepak dan Robot Pemungut dan Peletak (Pick & Place) yang direka bagi menguji kemahiran peserta dalam mereka bentuk, mengendalikan serta mengaplikasikan teknologi robotik untuk menyelesaikan tugasan yang ditetapkan. Melalui pertandingan ini, peserta akan mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan, pengaturcaraan, automasi dan strategi penyelesaian masalah, di samping memupuk kreativiti, inovasi, pemikiran kritis serta semangat kerja berpasukan.


Klik untuk terma dan syarat

Cabutan Bertuah

Sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung dan pempamer yang hadir ke Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026. Penyertaan adalah eksklusif untuk pengunjung dan pempamer yang memenuhi syarat penyertaan, dengan pemenang dipilih secara rawak sepanjang program berlangsung

Pencapaian & Liputan Ekspo Inovasi

Beberapa pencapaian dan sasaran bersama yang ingin dicapai.

0
Cabaran
0
Pasukan
0
Peserta
0
Negeri Terlibat

Jadual Acara Ekspo Inovasi

Aliran acara selama tiga hari di Ekspo Rekacipta & Inovasi 2026.

9 Ogos 2026 (Ahad)
Hari Pertama

Pameran Rekacipta & Inovasi - Paparan karya inovasi peserta dari pelbagai kategori.
Sesi Jaringan Industri & Business Matching - Perbincangan kerjasama antara peserta, industri dan institusi pendidikan.
Pertandingan Soccer Robot & Pick and Place - Pertandingan robotik mengikut kategori.
Bengkel Inovasi bersama Zull Design - Bengkel praktikal untuk memupuk kemahiran rekabentuk dan inovasi.
Majlis Perasmian Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026 - Penyampaian ucapan, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.

10 Ogos 2026 (Isnin)
Hari Kedua

Pertandingan Inovasi STEM dan Pengaturcaraan - Pertandingan kategori inovasi STEM serta pengaturcaraan.
Pameran Rekacipta & Inovasi - Sambungan paparan karya peserta.
Sesi Pocket Talk - Ceramah ringkas oleh pakar dalam bidang inovasi dan teknologi.
Kolokium dan Sesi Jaringan Industri - Perbincangan akademik dan kerjasama industri.
Pertandingan Soccer Robot & Pick and Place - Pertandingan kategori robotik.
Majlis Cabutan Bertuah - Acara cabutan hadiah secara langsung.

11 Ogos 2026 (Selasa)
Hari Ketiga

Majlis Cabutan Bertuah - Cabutan hadiah terakhir.
Penyampaian Sijil - Pengisytiharan pemenang dan penyampaian sijil penyertaan.
Majlis Penutup - Penutup rasmi Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026.

Dengan Kerjasama

Sertai kami sekarang

Lokasi

Yayasan Terengganu (Bahagian Pembangunan Pendidikan)